Sunday, July 14, 2013

Cerita tentang Pemulihan Cara Kerja aka Occupational Therapy



Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Alhamdulillah, kita bertemu lagi di bulan yang mulia ini. Hehe.. Tapi entry harini nak cerita sikit pasal course yang aku tengah belajar sekarang ni, iaitu Pemulihan Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy. So, shortform untuk course ni bolehlah disebut sebagai OT. Nanti kalau kerja, dipanggil sebagai Occupational Therapist. Sorry ye nak bagitau awal-awal, entry ni panjang sikit. Okay jom start ! Meh sini nak cerita sikit pasal OT !


 OT ni adalah course dalam bidang Sains Kesihatan. Berbeza dengan Medic ok? Medic itu Perubatan. Nak jelas lagi, kita kena faham tau, yang, doctor bagi treatment kat patient dengan merawat luka etc etc. And OT pulak, kita bagi treatment dengan cara bagi aktiviti kat patient. So kita memang takkan guna lah stethoscope bagai tu. Hehee. And satu lagi, sesiapa yang dapat course ni and maybe course ni bukan dalam pilihan dia, korang jangan lah rasa down and jangan risau k. Course ni sangat best ! 




Serius cakap. Maybe ade yang bercita-cita nak ambik medic, tapi tetiba dapat course ni, korang jangan susah hati. OT memang kerja kat hospital pun. Cuma tugas rawat luka and bagi ubat tu bukan tugas kita. Selalunya doktor akan refer patient kat kita, untuk kita asses and tolong patient tu berfungsi dengan independent. 




Kat Malaysia ni, nak kata OT ni course yang baru pun takde lah baru sangat sebab kat UiTM pun dah lama sebenarnya. Cuma student je yang sikit. Satu lagi berita gembira buat korang yang dapat course ni, kat Malaysia ni peluang kerja untuk OT insyaAllah ada. Dan OT sangat-sangat diperlukan kat Malaysia sebab OT Department kat hospital pun kebanyakannya kat hospital-hospital besar je. insyaAllah, peluang kerja menanti.

Dan, serius cakap. Kalau korang nak sambung Master, memang peluang korang untuk fly lah. Kat Malaysia ni, Master yang ade ( yang aku pernah jumpa lah ) , ade kat UiTM. Tu pun tak ramai lagi. Dan, lecturer-lecturer OT semuanya lepasan university luar negara ok ! Mereka sangat berpengalaman dan sangat berpengetahuan! Dan kita jugak ada lecturer yang memang dari luar negara pun. Madam Smily and Mr Jaya dari India. Nak cakap dengan mereka pun speaking lah ye. Cuma Mr Jaya faham BM sikit-sikit. And satu lagi, Mr Jaya ni sangat-sangat hebat tau. Kalau kat India, orang panggil dia DOCTOR . And beliau sangat-sangat berpengetahuan.

OT memang kerja dengan disable people ~ Orang kurang upaya, kanak-kanak istimewa and orang-orang tua and orang yang lepas accident. Memang itu lah patient kita. Kerja kita adalah untuk memastikan mereka-mereka ini dapat menjalani hidup dengan bebas tanpa bantuan dari orang lain. Kalau ayat dalam final exam, OT help people to be independent with optimum skills. Hah macam gitu lah ceritanya.

So, kita belajar pasal subject Peadiatric untuk belajar pasal kanak-kanak yang disable. Condition, Assessment and Intervention. Hah bende tu lah nanti korang akan belajar. Subject Peds ni serius best, sebab lab dia macam tadika. Ade la mainan kanak-kanak and kolam bola-bola kecik tu. Hehe. Bukan kolam renang k :3

Therapist pulak yang main dalam ball pool ni =_=


Next, kita belajar pasal Psychology manusia. Ye lah, dah nak deal dengan people kan, mesti lah kena tahu pasal psiko-psiko ni. Hehe. And subject yang sangat best ialah Psychiatric. Fuh.. oh ye, lupa nak cakap, OT pun deal degan patient yang ada masalah jiwa. Hehehe. Bersiap sedia lah untuk menghafal condition and macam-macam benda yang sangat-sangat best dalam subject Psychiatric ni.

Kita juga belajar subject Orthopaedic ye. Bukan doctor saja yang belajar subject ni. Tapi, OT tak rawat diorang. OT hanya buat assessment je kat diorang. Asses la diorang punya range of motion, diorang ni boleh gerak sampai mana, tahap sakit kat mana, tu je. Nanti korang akan belajar banyak lagi lah.

Medicalneuro. Subject ni aku tak boleh ulas lanjut sebab tak belajar lagi. Sem depan baru belajar. Tapi pasal otak lah. So bersiap sedia untuk menghafal ye !
Sebelum terlupa, OT jugak yang buat splinting untuk orang yang fracture and cedera. OT jugak buat pressure garment untuk orang-orang yang contohnya luka terbakar, 3rd degree burn. Alaa pressure garment ni macam corset yang orang pakai untuk kurus tu lah. Pakai bende tu kat tempat luka and bagi pressure kat situ, untuk prevent scar and keloids. Sesiapa yang sanggup nak dapat mende tu boleh la tak payah pakai pressure garment tu >.<

 To those yang dapat course ni kat UiTM Puncak Alam, selamat datang ! Dan, selamat mendaki tangga kejayaan aka tangga Batu Cave dari kelas untuk balik kolej. hehe.. Sem lepas kitorang pergi PDK Saujana Utama untuk buat intervention kat patient kanak-kanak untuk subject Paediatric. Serius best ! Rindunya kat mereka >.<


PDK Saujana Utama



Okay lah. Rasanya sampai sini je kot nak cerita. Kalau ade ape-ape nak tanya, dipersilakan. Suka hati lah nak tanya kat facebook ke, twitter ke. insyaAllah, kalau ada masa I'll respond to you guys. Selamat maju jaya. Buat pilihan elok-elok tau ! Jangan lupa istikharah :)

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment