Wednesday, August 14, 2013

Merungut dan sentap !

Assalamualaikum.
Edisi sentap. Sentap habis lah tadi masa nampak satu post kat facebook. Alhamdulillah ade hikmahnya kenapa aku ternampak post tu. Syukran ya Allah. Memang bersesuaian dengan situasi aku yang tengah serabut fikirkan banyak benda bila dah lepas raya ni. Maklumlah harini baru balik Palam lepas bercuti selama 11 hari untuk raya. Actually, sepatutnya 9 hari. Sadis betul bila hari raya kelima dah start kelas. Tapi Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab kelas kitorang dah berpakat dengan lecturer yang ajar hari Isnin and Selasa untuk extend cuti raya heehee.. Best tu best jugak lah tapi lepas raya ni masing-masing merana lah sikit sebab sem ni pun tinggal lagi sebulan lebih je lagi. Nak kejar kelas ganti lah, test lah, wuwuwuu memang kalut habis lah nanti.

Nak buat macam mana kan, nama pun student. Nak merungut-rungut pun tak boleh sangat lah sebab macam tak ikhlas je nak kejar ilmu tu ..  ye dopp? Okay, sekarang perbetulkan niat balik. Kita belajar sebab nak kejar redha Allah, nak jadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat,insyaAllah.

Ingat lagi tak kat pelajaran Pendidikan Islam masa belajar untuk SPM dulu, yang tajuknya Kehidupan Di Dunia Ibarat Seorang Perantau tu. Dalam hidup kita ni, tidak mungkin tidak,mesti akan ade punya ujian atau cabaran dalam hidup. Sebesar mana pun ujian tu, kita kena lalui dengan tenang dan tabah. Tak percaya ? Allah akan turunkan ujian untuk menguji sejauh mana tahap iman hamba-Nya. So, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Satu lagi,Allah turunkan ujian buat kita ni untuk meningkatkan darjat kita. Oleh itu, tak payah nak merungut sangatlah ye wahai diri sendiri. Ingat janji Allah. Sebab janji Allah itu pasti !

Masa jadi Non-Resident dulu, memang agak stress jugaklah sebab nak pergi kelas kena tunggu bas. And bila balik rumah, tunggu bas lagi. Bas tu pun bukannye setiap 5 minit datang. Kadang-kadang tu tunggu sampai nak dekat 2 jam baru bas datang T_T . Masa tu, stress tak terkata lah. So, nak dijadikan cerita, masa on the way nak pergi kelas, sempat lah text Syonen, mengadu hehee . Then, Syonen reply. 
Betulkan niat tau before masuk kelas. Belajar kerana Allah k. Yang dah lepas tu, tinggal je kat luar kelas.
Serious nak menangis baca mesej dia. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah sebab kurniakan aku sahabat yang macam Syonen ni . Uhibbuki fillah :')

Tadi jalan-jalan kat News feed facebook, ternampak ada seorang insan shared gambar ni.





Hah ambik kau ! Sentap kejap 5 saat lepas baca kata-kata dari Iman Syafie ni. Seriously menusuk ke kalbu. Dah dah jangan malas nak belajar ok. Tetiba teringat pulak lirik lagu Remaja by UNIC. Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih, bersusah-susahlah dahulu bersenang kemudian. Haha sentap sekali lagi. Okay lepas ni ubah mindset, ubah cara berfikir, ubah persepsi, ubah segalanya. Berfikiran positif, insyaAllah hasilnya pun positif.

Okay, ape-ape pun, jangan lupa jugak untuk sentiasa berusaha,then berdoa dan bertawakal kepada Allah. Yang penting, ade usaha ke arah itu . Jangan tak buat ape-ape then berserah je, menunggu bulan jatuh ke riba. Huh yang tu tak jadi lah. haisyyy.. Orait masa untuk mengundur diri, Salam Aidilfitri , maaf atas kekhilafan diri, andai ada yang sila tegur,jangan biarkan diri ini terus-terusan dalam kesesatan :') and jangan lupa puasa 6 tau~

Assalamualaikum...