Friday, March 09, 2018

Not-So-New Year Resolution

What is your new year resolutions?
Lewatnya tanya, dah masuk bulan Mac ni.



Assalamualaikum, and hi.
I already talked about my target during the age of 20++ years before reaching 30. Kenapa topic resolution pulak yang muncul sekarang? Actually diinspirasikan daripada kisah yang berlaku time  first day of class EWC last Monday.

Lecturer EWC kitorang, Miss Azean suruh sorang demi sorang introduce diri kat depan, pegang mic pulak tu dalam DK (Dewan Kuliah). Aku orang kedua yang perkenalkan diri kat depan.

Me be like:
"Assalamualaikum and hi. I am Nor Atikah and you can call me Atikah. I am from Kulim, Kedah. My new year resolution is i wanna do better in my studies especially this semester and i don't want to procrastinate, because yeah, I want to be a better person"

Miss Azean:
"Okay good. You don't want to procrastinate. I mark your words"

Actually, bila difikirkan balik, aku cakap tentang procrastinate and somehow macam itu reflect kepada diri kita sendiri lah kan? Seems like before this I always procrastinate, gitu? Kalau itu yang orang lain fikirkan, I don't mind. I don't control their mind and thought. Idea nak cakap tentang procrastinate tu muncul secara tiba-tiba. And I believe, almost every student ada jugak yang tangguhkan kerja dia and pernah merasai buat begini. Just they don't say it in front of their class and lecturer. Seems like this is my honest resolutions since I always hoping that I can be a better version of me including try to complete works early.



Tutup cerita tentang kat kelas. Now, let me share my opinion. Personally, I believe that even if other people may thinks bad about us when we want to change for something better, only we can make it happen. Trust yourself, ignore other negative vibes that may spreads around you. Don't ever make it control your mind, and yourself because you have your own goals, your own target, your very own move. 



Okay, let's have a quick look on my 2018 resolution ;)

πŸ‘‘ Always perform solah early + sunat everyday
πŸ‘‘ Do not miss to recite Quran everyday. At least one page per day if in busy schedule
πŸ‘‘ Do puasa sunat every Monday and Thursday, or at least twice a month
πŸ‘‘ Lose my weight ;)
πŸ‘‘ Good grades in final examination
πŸ‘‘ Do more than 10 volunteering woks including being an event crew
πŸ‘‘ Get enough sleep ( more than 5 and half hours)
πŸ‘‘ Sleep early and wake up early before Subuh
πŸ‘‘ Do revision early in the morning
πŸ‘‘ Not sleep after Subuh and Asar
πŸ‘‘ Do jogging at least thrice a week
πŸ‘‘ Be more positive and husnudzon, bring around good energy
πŸ‘‘ Chewing food slowly ( 40 is good)
πŸ‘‘ No heavy meals after Maghrib
πŸ‘‘ Eat healthy and balance diet
πŸ‘‘ Drink more water
πŸ‘‘ Do more sunnah Rasulullah SAW
πŸ‘‘ Be a good daughter to parents, nice to siblings and always be kind to people
πŸ‘‘ Updating more entry in blogspot :P
πŸ‘‘ Saving more for future
πŸ‘‘ Making more new friends and connection

Yes Atikah. You are better than yesterday. And so do you tomorrow. Everyday is a brand new start, you can always do your best. I believe in you. Good luck in your studies. You can do it well. Always believe in yourself, Allah gonna grant all your dreams as long as you keep trying and believe in Him.



p/s: Thank you for reading my kind of confession and thoughts. Let's bring more positive vibes, people. I always trying to keep myself motivated and build confident in everything I do. Writing is one of the way for me to grow my self-esteem which I can read them later when I am down.
Okay, I need to rest and sleep now. Keep smiling, Assalamualaikum :)

Tuesday, February 27, 2018

Wishlist to be achieved before I turn 30

Assalamualaikum.

Sebelum semester baru bermula, aku rasa aku patut luahkan segala perancangan dan impian aku kat sini. And I hope that I can start my new semester with a strong passion and fully motivated to achieve all dreams.



First of all, kita mulakan dengan niat. Semoga pencapaian yang diingini ini seiring dengan usaha mencari keredhaan Allah, di samping menimba ilmu untuk kehidupan pada masa akan datang. Pelbagai peristiwa yang berlaku melibatkan insan-insan di sekeliling aku membuatkan aku mula menyedari yang sebagai seorang wanita, kita harus BANGKIT dan BERDIKARI, bertindak TEGAS dalam menegakkan prinsip hidup, dan BERUSAHA serta BERTINDAK demi mencapai matlamat hidup yang kita inginkan supaya kehidupan pada masa mendatang akan terjamin, dengan izin Allah.



Ibarat orang yang sedang mengantuk tetapi terkejut dengar bunyi siren loceng, itulah diri aku bila mula menyedari akan hakikat yang aku perlukan sesuatu. Visi dan misi yang jelas tentang apa yang perlu aku capai, supaya aku dapat working on the ways to achieve them. Dan sekarang ini adalah masanya untuk aku officially list down what I want to achieve, regardless when and how it will be completed.

By the name of Allah, and His Mercy, I wish to achieve all of these before turning 30.



πŸ’š Graduated with First Class degree (even without selempang pink ANC)
πŸ’š Working in Actuary field
πŸ’š Start my own business
πŸ’š Own saving which I can't even remember its digit
πŸ’š Passed at least 3 professional papers (I know it is difficult to be achieved)
πŸ’š Have my own car
πŸ’š House
πŸ’š Bungee jumping
πŸ’š Fluent in Mandarin included in writing
πŸ’š Passed my own benchmark in charity and volunteering
πŸ’š Maintain my weight: 45kg and not more than 50kg
πŸ’š Hiked more than 10 mountain
πŸ’š... and the list will be added by time

Aku berharap sangat, by 30 nanti, at least 95% daripada wishlist ini akan terlaksana. Langit tidak selalunya cerah, dan kemendungan itu yang akan buatkan kita belajar untuk berfikir di luar kotak dan melihat solusi itu from different perspective.



Semoga, segala mimpi ini bukan angan-angan. Aku akan tukarkan mimpi menjadi realiti. Dalam lena aku bermimpi, namun ketika jaga, aku harus working harder to turn it to reality. Eh macam asyik ulang ayat yang sama je.

Sekarang, abaikan segala penat lelah. Abaikan kata-kata negatif yang bikin down semangat kau. Jadilah sado, buat hati kering je dan redah segala jalan yang berliku kat depan. Ingat, setiap orang, ujiannya lain-lain. Dugaan kau tak sama dengan orang lain. Jangan pernah mengeluh dan menyesal tapi dongak kepala, pandang ke hadapan dan teruskan berjalan.



Okay, paling utama sekarang, semoga aku akan fokus dalam pelajaran, buat yang terbaik, dapatkan result terbaik dan habiskan degree ini dengan jayanya.



Namun, aku wajib percaya yang perancangan kita ini tak dapat menandingi perancangan-Nya. Apa pun yang sudah tertulis, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Aku akan berusaha hingga tahap yang aku termampu, dan serahkan kepada-Nya. Semoga aku akan redha jika Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untuk aku.



Semoga apa yang aku tulis hari ini, dapat aku tatap kembali bila aku rasa down dengan diri aku, dan supaya segala impian ini, akan dapat mengobarkan semangat aku untuk mencapai kesemuanya. Aamiin. Korang yang baca ni, doakan aku ya :) Thank you so muchooo


Sunday, February 25, 2018

Thoughts on age and life vs life goals

My very first post in 2018. Hi people, and stalkers. Assalamualaikum.

Wah wah. Aku hampir terlupa yang sebenarnya aku masih ada blog. 

Hamboi. Bersawang dan sendu sungguh blogku ini.


Berbaki lebih kurang lagi seminggu sebelum semester baru bermula. Dan aku macam biasa la, sisa cuti yang sedikit ni berjaya dikurangkan lagi dengan menghadiri event SUKIPT 2018 lepas habis final exam haritu. Tambah tolak semua, haa aku baru 3 hari kat rumah. Total cuti aku 2 minggu je. 



Tada... Okay pasal SUKIPT ni nanti aku cerita.



Kenapa cuti aku ni sikit tapi aku rasa puas dan berbaloi sungguh dengan pengalaman yang aku dapat? Yeah.
You will gain something but you have to pay something in return.

Orang kata, masa belajar ni lah masa untuk kau asah segala skills yang ada. Soft skills, experience, sijil and so on. Bagi aku, aku setuju 100% dengan pendapat itu. Pengalaman yang kau dapat tu akan menjadikan kau lebih berani, lebih berisi minda, and along with that kau akan jumpa kawan-kawan baru yang sama passion dengan kau. Circle of friends juga bertambah dan kau akan jumpa ramai kawan baru dari pelbagai latar belakang yang berbeza.



Seorang Atikah pada tahun 2018 ini sudah bertambah umurnya ke angka 24 tahun unofficially. Usia dimana seharusnya seorang insan itu berfikir dengan lebih matang and should be currently working hard to achieve life goals. So, sampai tahap umur 24 ini, apa yang hang dah capai Atikah?

Rasanya, macam tak ada significant achievement yang boleh dibanggakan pun hmm. Alhamdulillah dah ada segulung diploma dan sekarang masih merangkak demi segulung ijazah, semoga Allah permudahkan. Masih di separuh jalan walaupun likunya agak bertaburan merata-rata. Okay taknak cakap course siapa paling susah atau course siapa paling relax. Aku percaya, setiap course itu ada cabarannya yang tersendiri, depends on how we handle that situation. Dalam course aku ni, cukuplah aku katakan bahawa kalau lepas belajar sesuatu topic tu kat kelas, balik bilik kalau kau tak buat revision and latihan, sakit kau nanti bila dah proceed ke next topic sebab kau tak master topic yang sebelumnya.

Makin meningkat semester, kau akan diuji dengan beberapa kawan batch kau yang mengambil keputusan untuk quit. Yeah itu sedikit sebanyak membuat kau rasa sedih dan menggerunkan sebab bukan calang-calang orang diorang yang quit tu. Tapi aku percaya, kami yang masih bertahan ni perlu teruskan hidup. Fuh, mental yang kena kuat sekarang ni untuk meneruskan pelajaran dan sisa baki semester yang tinggal. Rasa sayang sebab dah separuh jalan, tapi ada satu lagi faktor yang buatkan aku rasa bersemangat nak teruskan belajar iaitu, bila dah faham sesuatu topic tu kita akan rasa syok sangat nak buat latihan semua. Haha maybe aku je kot yang rasa camtu tapi still rasa macam lebih berminat nak tahu tentang perkara baru yang berikutnya.



Back to our main topic which is life goals, nak kata tak achieve life goals langsung tu tidak jugak, tapi sepanjang menghabiskan pengajian diploma dulu, ada jugak beberapa perkara yang aku tak terfikir aku akan buat dan dapat habiskan dengan jayanya. Dan dari situ jugaklah aku belajar banyak benda baru, yang tak dapat diperoleh dari mana-mana. Insan-insan disekeliling jugak semuanya memberi 1001 warna yang berbeza, yang akhirnya membentuk pelangi kenangan dan pengalaman yang sangat infinity harganya.

Salah satunya...



Okay, maybe I should stop here. Mungkin my next post nanti, insyaAllah aku akan abadikan ingatan dan kenangan sepanjang aku meniti tangga impian dan menjala secebis pengalaman, sementara semuanya masih segar dalam ingatan niJ


Semoga tahun 2018 ini, seorang Atikah akan menjadi lebih rajin untuk menulis di sini. Agar setiap events penting yang berlaku dalam hidup ini, dapat aku abadikan untuk ditatap pada masa akan datang.